Kekurangan G6PD: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Apa itu Kekurangan G6PD?

Kekurangan Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD) adalah penyakit genetik di mana badan kekurangan enzim G6PD dalam sel darah merah. Kecacatan ini menyebabkan pemusnahan pramatang sel darah merah, yang dipanggil hemolisis.

Kekurangan G6PD biasanya dikaitkan dengan penyakit anemia hemolisis, di mana sel darah merah dihancurkan lebih cepat berbanding keupayaan badan untuk menggantikannya.

Ia lebih kerap berlaku dalam lelaki dan biasanya diwarisi daripada ibu kepada anak lelaki meskipun ibu tersebut tidak mengalami sebarang simptom. Ibu itu adalah pembawa penyakit ini.

Apakah Simptom-simptom Kekurangan G6PD pada Bayi baru lahir?

Simptom-simptom Kekurangan Enzim G6PD pada bayi baru lahir mungkin termasuk perkara berikut: 

  • Pucat
  • Jaundis (kekuningan pada kulit dan bahagian mata putih)
  • Air kencing berwarna gelap
  • Makan sedikit 
  • Susah bernafas
  • Lesu
  • Sawan 

Bagaimana Kekurangan G6PD Didiagnosis?

Paras G6PD boleh ditentukan dengan ujian darah spesifik. Tetapi, ujian ini tidak dijalankan biasanya. Ujian kekurangan G6PD hanya akan dilakukan apabila doktor mengesyakinya secara munasabah dalam pesakit, seperti adanya pembentukan jaundis.

Bagaimana Kekurangan G6PD Dirawat?

Biasanya, rawatan tidak diperlukan, tetapi bahan yang diketahui menyebabkan masalah perlu dielakkan. 

Dalam sesetengah kes:

  • Perubatan mungkin diperlukan untuk merawat jangkitan yang ada.
  • Transfusi.
  • Berhenti mengambil ubat yang memusnahkan sel darah merah.

Apa yang Perlu Diperhatikan Jika Anak Anda Mengalami G6PD?

Makanan untuk dielak:

  • Kacang fava (juga dikenali sebagai kacang buncis besar)

Barang kegunaan rumah untuk dielak:

  • Naftalena (ubat gegat)

Ubat untuk dielak:

  • Ubat antimalaria seperti chloroquinine, primaquine dan pamaquine
  • Aspirin 
  • Dapsone
  • Phenylhydrazine
  • Nitrofurantoin
  • Asid nalidiksik
  • Sulfonamida seperti co-trimoxazole
  • Quinalone seperti ciprofloxacin

Sentiasa bertanya dengan doktor sebelum menggunakan ubat herba atau tradisional.

Aturkan Janji Temu di Hospital Pantai

Kebanyakan individu dengan isu kekurangan G6PD boleh hidup secara normal dengan mengelakkan perubatan dan makanan tertentu. 

Pasukan pakar Pediatrik yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia untuk berunding dan menyediakan penjagaan serta bantuan pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang terbaik.

Hubungi kami untuk mengaturkan janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau pertanyaan mengenai kekurangan G6PD. 

Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Loading...
Thank you for your patience