Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia memastikan setiap bayi yang dilahirkan di Malaysia akan mendapat akses kepada vaksinasi percuma untuk mencegah beberapa penyakit berjangkit yang mengancam nyawa kanak-kanak.
12 jangkitan utama kanak-kanak dilindungi dengan perlindungan imunisasi di Malaysia.
Berikut adalah vaksin yang diberikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia.
| 
                 Vaksin  | 
            
                 Huraian  | 
        
|---|---|
| 
                 BCG (Bacillus Calmette–Guérin)  | 
            
                 Vaksin BCG diberikan semasa lahir untuk memberi perlindungan daripada jangkitan tuberkulosis.  | 
        
| 
                 Hepatitis B  | 
            
                 Vaksin Hepatitis B dapat melindungi tubuh daripada jangkitan yang menyebabkan keradangan dan kerosakan hati kronik.  | 
        
| 
                 DTap  | 
            
                 DTap ialah gabungan vaksin untuk melindungi daripada difteria, tetanus dan pertusis (batuk kokol).  | 
        
| 
                 Haemophilus influenzae jenis B (Hib)  | 
            
                 Vaksin Haemophilus influenzae jenis B (Hib) melindungi tubuh daripada jangkitan pada paru-paru (pneumonia) dan keradangan membran otak (meningitis).  | 
        
| 
                 Vaksin polio (IPV)  | 
            
                 Vaksin polio (IPV) melindungi tubuh daripada virus polio yang menyebabkan lumpuh akibat jangkitan pada otak.  | 
        
| 
                 MMR  | 
            
                 MMR ialah gabungan vaksin untuk melindungi daripada campak, beguk dan rubella.  | 
        
| 
                 Human Papilomavirus (HPV)  | 
            
                 Vaksin human papillomavirus (HPV) melindungi tubuh daripada kanser serviks pada kanak-kanak perempuan.  | 
        
| 
                 JE  | 
            
                 Vaksin JE melindungi diri daripada Japanese Encephalitis, jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk yang menyebabkan kerosakan otak. Vaksin ini hanya disediakan di Sarawak.  | 
        
| 
                 Vaksin pneumokokal (PCV)  | 
            
                 Vaksin pneumokokal (PCV) melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia yang merebak melalui titisan pernafasan.  | 
        
Berikut ialah vaksin pilihan yang boleh dipilih oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak mereka:
Pasukan pakar kanak-kanak yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia untuk berunding bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik. Hubungi kami untuk mengatur janji temu hari ini jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau soalan tentang imunisasi atau vaksinasi untuk anak anda.
Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.