Hospital Pantai Ipoh terletak 5 minit perjalanan dari plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan PLUS dan juga pusat bandar Ipoh. Berkhidmat kepada masyarakat tempatan Ipoh, ia telah maju hingga menjadi penyedia penjagaan kesihatan terunggul di Perak serta di rantau utara Malaysia.

Hospital dengan 225 katil ini menempatkan lebih 90 pakar perunding yang menyediakan penjagaan serta rawatan berkualiti, dengan dibantu jururawat serta profesional penjagaan kesihatan bersekutu yang berkelayakan. Hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan pengkhususan perubatan termasuklah anestesiologi, kardiologi, dermatologi, onkologi, pembedahan saraf, psikiatri, pembedahan plastik dan pembentukan semula, perubatan sistem pernafasan, reumatologi, dan banyak lagi.

Hospital Pantai Ipoh menggunakan teknologi dan kemahiran agar dapat kekal sebagai profesional yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan, daripada pencegahan dan pengesanan sehinggalah ke rawatan dan penjagaan, di mana sahaja yang paling memerlukannya.

Pantai Hospital Ipoh merupakan salah satu daripada 16 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).


Latar Belakang IHH Healthcare Berhad

IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.

Loading...
Thank you for your patience