Pembedahan Am

Pembedahan am merujuk kepada cabang perubatan yang menggabungkan prosedur manual seperti memotong, melelas, dan menjahit untuk mengubah tisu badan atau organ secara fizikal, bagi merawat penyakit atau kecederaan.

Untuk merawat pesakit melalui pembedahan, pakar yang merawat mesti bertindak sebagai ketua. Pakar tersebut bertanggungjawab untuk mendiagnosis pesakit, menjalankan pembedahan, dan menyediakan penjagaan dan rawatan selepas pembedahan bagi pesakit.

Mendiagnosis dan merawat pesakit menggunakan kaedah rawatan yang salah boleh menyebabkan masalah serius, terutamanya bagi pesakit yang mengalami simptom-simptom seperti ketulan atau pendarahan yang tidak diketahui puncanya.


Kami Mengutamakan Penjagaan Holistik bagi Pesakit

Di Hospital Pantai Ampang, kami menyediakan penjagaan holistik bagi pesakit, untuk meningkatkan keyakinan semua pesakit kami terhadap kualiti rawatan yang diterima. Kecemerlangan kualiti perkhidmatan kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang menggambarkan komitmen hospital dalam menyediakan penjagaan tersuai bagi setiap pesakit. Ini meletakkan kami sebagai pusat penjagaan pembedahan dan selepas pembedahan yang terkemuka di negara.

Antara masalah perubatan atau penyakit yang dirawat melalui pembedahan adalah:

  • Penyakit berkaitan payudara seperti kanser payudara
  • Penyakit kolorektum seperti kanser kolon
  • Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)
  • Penyakit gastrousus seperti ulser, pendarahan gastrousus dan sumbatan gastrousus
  • Masalah berkaitan pembedahan am yang melibatkan payudara, batu hempedu, tiroid dan semua jenis hernia
  • Obesiti
  • Masalah perianal seperti buasir, fistula, fisur, penyakit divertikular kolon dan apendisitis
  • Kanser perut
  • Penyakit tiroid

Kemudahan pembedahan kami di Hospital Pantai Ampang turut dilengkapkan untuk mengendalikan semua jenis pembedahan laparoskopik, yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada:

  • Pembedahan kolorektum laparoskopik
  • Pemulihan hernia Ventral TEP dan TAPP Laparoskopik
  • Splenektomi laparoskopik
  • Gastrojejunostomi Pemulihan PGU Laparoskopik

Berpengalaman Luas dalam Berbagai Jenis Pembedahan

Pasukan pakar bedah kami yang berdedikasi dan berpengalaman tinggi, turut berkemampuan untuk menjalankan pembedahan laser bagi merawat hemoroid, selain beberapa prosedur pembedahan berlainan seperti:

  • Pembedahan bariatrik
  • Pembedahan payudara
  • Pembedahan kolorektum
  • Prosedur endoskopik seperti OGDS & kolonoskopi
  • Pembedahan batu hempedu
  • Pembedahan gastrousus
  • Pembedahan am
  • Pembedahan hernia
  • Pembedahan invasif minimum
  • Pembedahan untuk merawat masalah perianal seperti buasir
  • Pembedahan tiroid
  • Pembedahan vaskular seperti surgeri arteriovena fistula (AVF) dan vena varikosa

Jika anda atau keluarga anda mengalami sakit pada bahagian badan spesifik, atau simptom-simptom yang tidak diketahui puncanya seperti pendarahan atau ketulan pada badan anda, sila hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience