Terletak di tengah-tengah Pandan Indah, dan hanya 10 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, Hospital Pantai Ampang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pesakit hari ini.

Hospital dengan kapasiti 117 katil ini adalah hospital ketujuh Kumpulan Pantai, menempatkan lebih 30 perunding perubatan yang mengkhusus dalam pelbagai bidang perubatan seperti pembedahan ortopedik, pediatrik, otorinolaringologi (ENT), oftalmologi, pembedahan am, perubatan renal, gastroenterologi, dan obstetrik dan sakit puan.

Hospital Pantai Ampang menawarkan perubatan moden yang bersandarkan kecekapan dan perikemanusiaan, lalu membuatkannya pilihan pesakit yang menginginkan pendekatan bersepadu dan holistik bagi rawatan.

Hospital Pantai Ampang adalah salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), iaitu sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).


Latar Belakang Parkway Pantai

Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.


Latar Belakang IHH Healthcare Berhad

IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.

Loading...
Thank you for your patience