Accident and Emergency Services NEW
Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan
Pakar Bertugas
24 jam Perkhidmatan Ambulans
Perkhidmatan Diagnostik Terkini dan Bilik Pembedahan
24 jam Perkhidmatan Kecemasan Jantung
Kemalangan & Kecemasan

Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Ampang dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan, siang dan malam, setiap hari. Pasukan doktor dan jururawat di ED telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Mereka akan segera menilaikan situasi menggunakan kaedah klasifikasi. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan.

Selain pakar kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan pakar bedah berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.

Klasifikasi & Masa Menunggu

Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dibantu lebih awal. Penilaian akan dibuat menurut tahap kesakitan pesakit setibanya mereka di unit kecemasan.

Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi;

Zon Merah (Kecemasan)

  • KRITIKAL
  • Segera diperiksa

  • Perlu diberikan intervensi menyelamatkan nyawa dengan segera

Zon Kuning (Kritikal)

  • RISIKO TINGGI
  • Diperiksa dalam 15 minit

  • Separa Kritikal dengan rasa keliru, disorientasi, kesakitan teruk, tidak boleh berjalan tetapi salur udara adalah kosong, dan stabil secara hemodinamik di atas troli

Zon Hijau (Tidak Kritikal)

  • BUKAN KRITIKAL
  • Diperiksa dalam 30 minit

  • Bukan kritikal dengan salur udara kosong, berambulasi, stabil secara hemodinamik
Pasukan Khusus di A&E
Card image cap

Dr Mohd Faiz
Abd Halim

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay, Russian

Card image cap

Dr Pameila Reena
A/P Arumugam

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay, Tamil

Card image cap

Dr Nurul Rahman Bin Mohamad Zahari

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay, Dusun

Card image cap

Dr Zulkarnain Ahmad Zabidin

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap

Dr Ahmad Naqiuddin Bin Bunyamin

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap

Dr Ong Haw Hyi

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Mandarin, Malay

Card image cap

Dr Pavithiran A/L Vesudevan

PAKAR

Resident Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Tamil, Malay

Soalan-soalan Kerap Ditanya (FAQ)

Penjagaan Kecemasan Semasa COVID-19

Kami faham jika anda ada kebimbangan tentang keselamatan dan kesihatan anda serta mereka yang tersayang. Tetapi, kami ingin yakinkan anda bahawa kesihatan anda adalah prioriti kami. Semua langkah penting telah diambil untuk meyakinkan anda supaya datang mendapatkan penjagaan perubatan yang diperlukan. Demi ketenangan minda anda, kami ingin maklumkan garis panduan di Hospital Pantai Ampang:

Kami telah menyediakan kaunter saringan di pintu masuk Lobi dan pintu masuk Jabatan Kecemasan, di mana semua pesakit/pelawat perlu mengisi Borang Pengisytiharan E-Kesihatan dan suhu mereka akan diperiksa oleh jururawat kami.
Semua pesakit/pelawat perlu memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan ketika masuk.
Kami mengamalkan penjarakan sosial dan semua ruang menunggu ada dilengkapkan dengan penjarakan ruang (jarak 1-2 meter
Kami fokus dalam menjaga kebersihan kemudahan kami. Semua kawasan yang sering disentuh akan dinyahjangkitkan sekurang-kurangnya setiap 2 jam, dan rutin membersih akan kerap dijalankan di seluruh hospital.
Semua kakitangan dan pengamal perubatan barisan hadapan perlu mematuhi standard berjaga-jaga daripada jangkitan contohnya PPE dan kebersihan tangan. Kakitangan penjagaan kesihatan kami akan disaring dua kali sehari.
Pesakit yang menunjukkan ciri-ciri simptom yang meragukan contohnya, penyakit seperti influenza (ILI) atau jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) akan disediakan dengan pasukan pengamal perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan khas yang berasingan, untuk menjaga dan merawat pesakit ini melalui laluan dan kemudahan khusus di hospital kami, sehingga keputusan etiologi mereka telah disahkan oleh ujian makmal dan penyiasatan radiologi.
Loading...
Thank you for your patience