Ujian stres, yang juga dikenali sebagai ujian stres senaman, digunakan untuk menilai fungsi jantung semasa mengalami tekanan fizikal. Ujian ini membantu doktor mengenal pasti kemungkinan masalah aliran darah ke jantung, yang boleh menjadi penunjuk risiko serangan jantung atau masalah kardiovaskular yang lain.
Pesakit biasanya berjalan di atas treadmill atau menggunakan basikal statik semasa ujian; kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan elektrokardiogram (ECG) mereka akan dipantau. Ia memberikan gambaran berharga kepada doktor, terutamanya apabila pesakit disyaki menghidap penyakit arteri koronari atau keadaan lain yang berkaitan dengan serangan jantung.
Ujian Stres Senaman |
|
Ujian Stres Farmakologi |
|
Ujian Stres Nuklear |
|
Ekokardiogram Stres |
|
Ujian Stres MRI Jantung |
|
Matlamat ujian stres senaman adalah untuk menentukan:
Ujian stres membawa beberapa risiko kepada individu yang mempunyai penyakit jantung serius atau masalah kesihatan yang lain, walaupun ia biasanya selamat. Risiko-risiko termasuk masalah ritma jantung, sakit dada, atau serangan jantung. Walau bagaimanapun, manfaat mengenal pasti kemungkinan masalah jantung dengan lebih awal biasanya melebihi risiko tersebut. Doktor akan menilai keadaan kesihatan setiap pesakit dengan teliti sebelum mengesyorkan ujian stres bagi memastikan ujian tersebut perlu dan selamat untuk mereka.
Jika ujian stres mengesan bahawa anda mempunyai kemungkinan masalah jantung, ujian diagnostik lanjut mungkin diperlukan untuk mengesahkan diagnosis tersebut. Pesakit yang telah dikenal pasti mempunyai risiko serangan jantung mungkin dinasihatkan untuk menjalani prosedur tambahan seperti angiografi koronari untuk melihat sebarang halangan dalam arteri.
Pilihan rawatan mungkin termasuk ubat-ubatan untuk mengurangkan kolesterol, tekanan darah, atau tahap gula dalam darah, pelarasan gaya hidup untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, atau prosedur pembedahan seperti pemasangan stent atau pembedahan pintasan arteri koronari. Temujanji susulan yang kerap akan dirancang untuk memantau perkembangan pesakit dan mengubah suai rawatan mengikut keperluan.
Antara cara untuk mempersiapkan diri bagi ujian stres termasuk mengelakkan makanan atau minuman kecuali air kosong sekurang-kurangnya 2-4 jam sebelum ujian, serta memakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai untuk bersenam. Doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda mengelakkan sebarang bahan berkafein, alkohol, atau ubat-ubatan tertentu sebelum ujian bagi memastikan anda mendapat keputusan yang tepat. Pastikan anda berbincang mengenai ubat-ubatan anda dengan doktor terlebih dahulu.
Ya, ujian stres kerap dijalankan selepas prosedur seperti angioplasti atau pemasangan stent, atau semasa rawatan berterusan bagi penyakit jantung. Ia membantu menilai sama ada jantung menerima aliran darah yang mencukupi dan tahap keberkesanan rawatan semasa.
Keadaan individu tersebut menentukan kekerapan ujian stres. Pesakit yang mempunyai sejarah masalah jantung atau pernah menjalani prosedur tertentu mungkin memerlukan ujian stres secara berkala untuk memantau kesihatan jantung mereka. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut harus dimuktamadkan melalui perundingan dengan doktor berdasarkan gejala pesakit dan kesihatan umum.
Pengesanan awal melalui ujian stres dapat membantu mengesan masalah tersembunyi seperti sumbatan atau kejanggalan dalam aliran darah yang membolehkan rawatan segera dilakukan bagi mencegah komplikasi jantung yang teruk.
Jika anda mempunyai soalan mengenai risiko jantung berkaitan stres atau memerlukan bimbingan profesional, buat janji temu di Hospital Pantai yang berdekatan dengan anda. Pakar penjagaan kesihatan kami bersedia untuk memberikan nasihat pakar dan membantu anda memulakan perjalanan kesihatan anda. Untuk menjadualkan saringan kesihatan, sila hubungi pusat saringan kesihatan di Hospital Pantai yang berdekatan dengan anda.
Hospital-hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmen terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.