Makmal Klinikal

Makmal Klinikal patologi adalah sebuah makmal untuk menjalankan ujian klinikal patologi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan kesihatan pesakit dan untuk mengesahkan diagnosis,1,2. Pengesahan diagnosis membantu para doktor dalam mengesyorkan langkah pencegahan yang bersesuaian atau rawatan untuk pesakit. Kakitangan makmal klinikal termasuklah ahli patologi, ahli biokimia klinikal, saintis makmal perubatan, pembantu makmal perubatan dan ahli flebotomi1.

Juruteknik makmal klinikal menguruskan dua bidang utama, iaitu Patologi Anatomi dan Patologi Klinikal1,2,. Patologi Anatomi adalah pemeriksaan penampilan fizikal dan pemeriksaan struktur tisu dengan mikroskop. Analisis biopsi dan organ yang dibuang semasa pembedahan, pengumpulan sel daripada calitan cecair badan dan autopsi yang dijalankan untuk menyiasat punca kematian menjadi antara tanggungjawab utama bagi juruteknik makmal.

Sementara itu, Patologi Klinikal perlu berdepan dengan tahap unsur kimia dalam darah dan cecair badan termasuklah analisis sel darah dan pengecaman mikroorganisma. Bidang ini turut melibatkan pengurusan bank darah yang terdiri daripada pengumpulan, persediaan dan penggunaan darah untuk prosedur pemindahan.


Makmal Klinikal biasanya dibahagikan kepada dua bahagian yang kemudian disubbahagikan menjadi beberapa unit2,3.

  • Patologi Anatomi - terdiri daripada Histopatologi, Sitopatologi dan Mikroskopi Elektron.
  • Patologi Klinikal - termasuk lima subbahagian yang terdiri daripada:
    • Mikrobiologi Klinikal yang melibatkan bakteriologi, virologi, parasitologi, imunologi dan mikologi.
    • Kimia Klinikal termasuk analisis komponen darah, toksikologi dan endokrinologi.
    • Hematologi melibatkan analisis sel darah secara berautomatik dan manual.
    • Biologi pembiakan terdiri daripada analisis semen, bank sperma dan teknologi yang diperlukan untuk pembiakan terbantu.
    • Genetik dikaji sebagai sebahagian daripada sitogenetik yang melibatkan ujian gen tulang sumsum, gen dan cecair amnion.

Amalan

Terdapat pelbagai jenis ujian yang dijalankan di makmal klinikal yang termasuk tetapi tidak terhad kepada2,3:

Kiraan Sel Darah juga dikenali sebagai CBC, sejenis ujian darah yang dijalankan secara meluas. CBC mengira jenis dan bilangan sel yang berbeza dalam darah anda, yang termasuk sel darah merah, sel darah putih dan platelet. CBC digunakan untuk menentukan kesihatan umum seseorang pesakit. CBC membantu menilai simptom kelemahan, letih, lebam yang membantu diagnosis bagi keadaan seperti anemia, malaria, tifoid, jangkitan dan sebagainya.

Profil Lipid adalah kumpulan ujian yang dijalankan untuk menilai risiko kardium. Profil lipid juga membantu untuk memeriksa sebarang risiko yang berkaitan dengan tabiat pemakanan, diet, tekanan, senaman dan keadaan berkaitan gaya hidup seperti obesiti. Profil lipid termasuk dengan ujian berikut - kolestrol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL - C), kolestrol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL - C), trigliserida, kolestrol lipoprotein berketumpatan sangat rendah (VLDL - C), jumlah kolestrol dan nisbah LDL/HDL.

Profil renal adalah siri ujian yang dijalankan untuk menilai fungsi buah pinggang. Profil renal termasuklah mengira tahap elektrolit serum seperti natrium, potasium, klorin, protein serum dan tahap glukosa darah untuk menentukan kesihatan buah pinggang.

Profil diabetik termasuklah pelbagai jenis ujian digunakan untuk diagnosis kencing manis. Tahap glukosa darah, HbA1c - purata tahap glukosa darah lepas 3 bulan, glukosa urin dan keton dalam urin adalah antara ujian yang dijalankan dalam profil diabetik.

Profil hati melibatkan kelompok ujian yang membantu menilai kesihatan hati anda4. Enzim hati, protein dalam darah - albumin dan globulin, bilirubin dalam darah dan masa protrombin, dikira dalam profil ujian ini. Ujian fungsi hati membantu diagnosis bagi jangkitan hati antaranya seperti Hepatitis C, Hepatitis B dan sirosis.

Analisis urin termasuklah ujian seperti rutin urin, protein kencing 24 jam, glukosa kencing dan lain-lain. Rutin urin membantu menentukan sebarang jangkitan air kencing dengan menilai bilangan sel nanah, sel epitelial, darah, protein dalam urin. Protein kencing 24 jam mengira tahap protein yang dikumuh ke dalam urin oleh badan bagi kes kerosakan buah pinggang.


Pakar-pakar

Juruteknik makmal klinikal biasanya menguruskan keseluruhan makmal klinikal. Mereka melakukan analisis cecair badan seperti darah, urin dan sampel tisu dan mengambil rekod penemuan normal dan luar biasa. Mereka juga mengkaji sampel darah yang digunakan untuk pemindahan dengan mengenal pasti morfologi sel, bilangan sel atau kumpulan darah, jenis darah dan kesesuaian dengan jenis darah lain.

Juruteknik makmal klinikal menggunakan peralatan makmal yang canggih dan peralatan berkomputer dan berautomatik untuk melaksanakan pelbagai ujian pada masa yang sama. Juruteknik kemudian akan menambah data log daripada ujian perubatan dan memasukkan keputusan dalam rekod perubatan pesakit. Selain daripada berbincang tentang keputusan makmal dengan pakar perubatan, juruteknik makmal klinikal juga memantau latihan makmal perubatan.


Keadaan Berkaitan

Makmal klinikal membantu melakukan diagnosis dan merawat pelabagai jenis penyakit berdasarkan ujian paling relevan. Keadaan yang turut dilakukan termasuklah1,2,3:

Tahap hemoglobin rendah adalah ciri diagnostik bagi anemia. Kiraan darah lengkap membantu menentukan tahap hemoglobin pesakit, kiraan sel darah merah dan putih serta kiraan platelet. Penyebab berkemungkinan bagi anemia boleh ditentukan dengan menggunakan indeks Mentzer, iaitu nisbah Min Isi Padu Korpuskel (MCV) kepada kiraan sel darah merah (RBC). Jika nisbahnya kurang 13, talasemia menjadi kebarangkalian bagi punca anemia berbanding kekurangan ferum.

Bagi kencing manis, tahap gula dalam darah semasa berpuasa dan tahap gula dalam darah selepas makan tengah hari membantu menentukan kehadiran kencing manis pada pesakit. Tahap glukosa yang tinggi dalam darah menjadi petunjuk kencing manis dan ujian darah bulanan secara berterusan boleh mendedahkan prognosis penyakit ini. Hemoglobin terglikosilasi (HbA1c) adalah purata petunjuk glukosa darah selama tiga bulan yang membantu menilai purata tahap gula dalam darah selama tiga bulan dan seterusnya menentukan prognosis bagi kencing manis.

Dislipidemia boleh ditemui dengan bantuan ujian profil lipid yang merupakan siri ujian yang mengira jumlah kolestrol dalam darah, tahap HDL dan LDL.

Profil hati membantu menilai status kesihatan hati. Hepatitis membawa kepada peningkatan tahap enzim hati, yang dikenali sebagai Transaminase Glutamik Oksaloasetik Serum (SGOT) dan Transaminase Glutamik Piruvik Serum (SGPT).

Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) boleh ditentukan dengan bantuan profil Renal yang mengira tahap elektrolit serum dan tahap kreatinin serum.

Makmal klinikal sangat efisien dalam membantu pakar perubatan melakukan diagnosis dan mengesahkan kebanyakan penyakit. Dengan bantuan makmal klinikal dan juruteknik klinikal, prosedur diagnostik telah terbukti menjadi alat yang penting bagi setiap pakar perubatan.


Rujukan

  1. Kakitangan. Apa yang berlaku di Makmal Klinikal? https://blog.orchardhospital.com/what-happens-at-a-clinical-lab(diakses pada Nov 15, 2019).
  2. Prosedur Perubatan dan Ujian Perubatan daripada MedicineNet - Indeks maklumat dihasilkan oleh para doktor https://www.medicinenet.com/procedures_and_tests/article.htm (diakses pada Nov 15, 2019).
  3. Memahami Ujian Darah Biasa dan Apa Maksudnya https://www.verywellhealth.com/understanding-common-blood-tests-and-what-they-mean-3156935 (diakses pada Nov 15, 2019).
  4. Ujian Fungsi Hati - Tentang, Julat Normal, Persediaan, Keputusan Ujian & Lain-lain https://www.portea.com/labs/diagnostic-tests/liver-function-144/ (diakses pada Nov 15, 2019).

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience