Kanser

Onkologi adalah cabang perubatan yang ditumpukan pada diagnosis, pencegahan dan rawatan tumor serta barah (kanser). Kanser berlaku apabila sel-sel mula tumbuh dan membahagi secara tidak terkawal. Proses pembahagian sel yang normal mengalami perubahan genetik tertentu yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Sel-sel ini dapat menghasilkan jisim (tumor) yang mungkin tidak bahaya (benigna) atau mengandungi barah (maligna). Tumor benigna boleh tumbuh tetapi tidak akan merebak ke bahagian tubuh yang lain, sementara tumor maligna akan tumbuh dan merebak. Terdapat jenis kanser tertentu yang tidak dicirikan oleh tumor yang merangkumi leukemia, limfoma dan mieloma.

Barah merebak ke seluruh badan melalui saluran darah atau sistem limfa kerana sistem tersebut dapat membawa sel barah ke bahagian tubuh yang lain. Salah satu destinasi pertama barah adalah nodus limfa, sebuah organ yang melindungi tubuh daripada jangkitan. Nodus limfa terletak di leher, pangkal paha, dada, perut dan ketiak.

Onkologi merangkumi tiga bidang utama: perubatan, pembedahan dan radiasi. Onkologi perubatan adalah berkaitan dengan kaedah rawatan yang termasuk rawatan kemoterapi, imunoterapi atau terapi yang disasarkan. Onkologi pembedahan menangani biopsi dan penyingkiran tumor. Onkologi radiasi melibatkan penggunaan terapi radiasi untuk merawat barah.


Pusat barah utama terletak di Kedah

Hospital Pantai mempunyai pusat barah pertama di Kedah, Perlis dan daratan Pulau Pinang dan satu-satunya masih berada di Kedah. Oleh kerana barah dianggap sebagai pengalaman yang menakutkan, yakinlah bahawa penjagaan dan rawatan anda diselia dengan baik oleh pakar di Hospital Pantai Sungai Petani. Kemudahan kami menempatkan terapi barah moden yang standard serta ahli onkologi berkemahiran tinggi yang dilatih dari United Kingdom (UK).

Unit Onkologi di Hospital Pantai Sungai Petani memastikan penyediaan rancangan yang disesuaikan untuk setiap pesakit - yang bermula dari diagnosis, rawatan dan pengurusan penyakit. Walaupun merawat penyakit ini merupakan satu perkara yang sangat penting, kami juga mengutamakan penjagaan kualiti hidup yang baik bagi setiap pesakit.


Perkhidmatan onkologi

Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah termasuk:

  • Terapi sistemik
  • Terapi disasarkan
  • Imunoterapi
  • Terapi hormon
  • Radioterapi pancaran luaran (EBRT)*

Kemudahan kami menawarkan pembedahan onkologi serta prosedur pembedahan lain:

  • Selitan port-kemo (chemoport)
  • Biopsi berpandu CT
  • Pembedahan payudara, kolorektum dan tiroid
  • Pembedahan urologi
  • Pembedahan hepatobiliari
  • Neurologi dan pembedahan saraf

Rancangan rawatan yang disesuaikan

Sifat genetik setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, kami di Hospital Pantai Sungai Petani memahami bahawa setiap pesakit mempunyai rancangan rawatan khusus untuk jenis barah mereka memandangkan tidak ada satu cara yang tetap untuk merawatnya. Penyakit ini biasanya memerlukan penggunaan pelbagai kaedah dari segi rawatan seperti pembedahan, terapi radiasi dan terapi anti-barah sistemik (kemoterapi).

Kami komited untuk memberikan konsultasi berkualiti dengan pakar onkologi kami yang sangat terkenal. Pakar onkologi ini dapat memberikan nasihat dan rawatan yang paling tepat buat anda bagi memaksimumkan peluang anda menguruskan penyakit secara berkesan dan mengurangkan kesan sampingannya.

Pusat Jagaan Harian Onkologi Hospital Pantai menawarkan rawatan kemoterapi, imunoterapi dan terapi yang disasarkan. Penjagaan pesakit diamanahkan kepada jururawat onkologi terlatih yang diketuai oleh pakar onkologi perunding kami.

Hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience