Mata

Oftalmologi adalah bidang perubatan yang menguruskan diagnosis, pencegahan dan rawatan bagi penyakit mata anda secara khusus. Bidang ini turut merangkumi masalah perubatan yang menjejaskan deria penglihatan anda. Rajin menjaga kesihatan mata, seperti menjalani saringan mata secara tetap dari kanak-kanak sehingga dewasa, boleh membantu anda mendapatkan diagnosis dan rawatan bagi sebarang masalah atau penyakit yang mungkin berlaku awal.

Pakar oftalmologi adalah pakar perubatan atau osteopati dalam penjagaan mata dan penglihatan. Pakar oftalmologi mempunyai peranan yang amat berlainan daripada peranan pakar optik atau optometris. Pakar oftalmologi mendiagnosis serta merawat semua jenis penyakit mata, dan menjalankan pembedahan mata selain mempreskripsikan dan menyiapkan kaca mata serta kanta sentuh untuk membaiki masalah penglihatan.


Kaedah Penjagaan Mata yang Moden dan Berteknologi Tinggi

Di Pantai Hospital Ampang, Kemudahan Rawatan Oftalmologi kami menggabungkan teknologi perubatan yang moden dan inovatif untuk menyediakan pesakit dengan diagnosis perubatan dan rawatan bagi masalah dan penyakit mata seperti:

  • Glaukoma
  • Penyakit mata berkaitan diabetes
  • Pterigium
  • Ptosis
  • Mata juling
  • Mata malas
  • Degenerasi makula berkaitan umur

Kemudahan ini turut dilengkapkan sepenuhnya untuk menjalankan rawatan laser dan prosedur surgeri kecil bagi merawat masalah dan penyakit mata, selain surgeri plastik berkaitan mata, seperti:

  • Pembedahan katarak insisi kecil
  • Pembedahan kelopak mata
  • Pembedahan orbital
  • Pembedahan pembiasan (juga dipanggil implantasi kanta sentuh)
  • Laser retina
  • Vitreolisis laser

Berbagai Jenis Kaedah Rawatan bagi Masalah dan Penyakit Mata


Pelbagai Jenis Kaedah Rawatan bagi Masalah dan Penyakit Mata

Kecemerlangan kualiti perkhidmatan di Hospital kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan mata yang terbaik di seluruh negara.

Sebagai pusat perubatan terkemuka yang mengutamakan kualiti, kami menggunakan teknologi yang canggih seperti pengimbas Pengimejan Glaukoma OCT Heidelberg. Peralatan ini membolehkan pakar-pakar menganalisis pangkal saraf optik, lapisan gentian saraf retina, dan lapisan sel ganglion makula secara menyeluruh dan dekat. Perincian seperti ini dapat diperolehi dengan memadankan corak-corak imbasan unik dengan struktur anatomi yang berkaitan dengan diagnostik glaukoma, secara tepat.

Selain itu, Kemudahan Rawatan Oftalmologi kami turut menjalankan ujian medan penglihatan, yang biasanya digunakan untuk mengesan tanda-tanda glaukoma. Ujian-ujian ini juga boleh digunakan untuk mengesan penyakit retina pusat atau periferi, dan masalah kelopak mata seperti:

  • Mata melendut atau ptosis
  • Neuropati optik
  • Neuritis optik
  • Retinitis pigmentosa

Jika penglihatan anda berubah atau terganggu, anda disarankan untuk mendapatkan diagnosis awal bagi mencegah keadaan anda daripada bertambah teruk, dan untuk memaksimumkan rawatan. Dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan oftalmologi di Pantai Hospital Ampang dengan menghubungi kami hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience