Penjagaan Berat Badan Anda Penting: Dapatkan Penyelesaian untuk Ubah & Kuasai Semula Kesihatan Anda

Diterbitkan pada: 30/05/2025

Mengapa Penjagaan Berat Badan Amat Penting di Malaysia?

Menurut sumber kajian dari Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih daripada 54% dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes dan tergolong dalam obesiti tertinggi di Asia Tenggara.

Obesiti bukan sekadar kenaikan berat badan. Obesiti boleh melemahkan tenaga, merendahkan keyakinan dir, dan juga mengehadkan keupayaan anda untuk menjalani kehidupan seharian anda. Lama kelamaan, obesiti akan meningkatkan risiko kesihatan yang serius.

Di Hospital Pantai Ampang, kami menawarkan penyelesaian penurunan berat badan yang selamat dan berkesan — pembedahan dan bukan pembedahan — untuk membantu anda mengawal semula kesihatan anda.

Mengapa Obesiti Tidak Boleh Diabaikan?

Obesiti meningkatkan risiko anda untuk:

  • Penyakit jantung dan darah tinggi 
  • Diabetes type 2 dan rintangan insulin (insulin resistance) 
  • ‘Sleep Apnea’ atau gangguan ketika tidur dan masalah pernafasan • Sakit sendi, sakit belakang dan masalah pergerakan
  • Ketidakseimbangan hormon, PCOS dan ketidaksuburan 
  •  Kanser tertentu (contoh; payudara, kolon, pankreas)

Siapa yang Layak untuk Menjalani Rawatan Bariatrik?

Anda layak untuk menjalani rawatan Bariatrik jika:

  • Bacaan BMI 40 ke atas atau 
  • Bacaan BMI 35 atau ke atas dengan keadaan kesihatan seperti diabetes, ‘sleep apnea’ atau tekanan darah tinggi 
  • Telah mencuba pelbagai jenis cara seperti diet, senaman namun masih tidak berjaya 
  • Dapat kebenaran dari pakar perubatan untuk melakukan pembedahan atau tanpa pembedahan

Apakah itu BMI?

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan adalah ukuran yang digunakan untuk menilai berat badan anda berdasarkan ketinggian.

BMI = Berat (kg) ÷ Tinggi2 (m2)

BMI

STATUS BERAT BADAN

Bawah 18.5

Underweight atau Kekurangan Berat Badan

18.5 – 24.9

Normal

25.0 – 29.9

Overweight atau Berat Badan Berlebihan

30.0 – 34.9

Obes (Kelas I)

35.0 – 39.9

Obes (Kelas II)

40 and above

Obesiti Morbid (Kelas III)


weight-scale-wooden

Pilihan Penurunan Berat Badan (Weight Loss) di Hospital Pantai Ampang

Kami menyediakan pilihan rawatan pembedahan dan bukan pembedahan mengikut tahap kesihatan, gaya hidup, dan matlamat anda.

1. Sleeve Gastrectomy (atau “Pembedahan Lengan Perut”)

Sleeve Gastrectomy (atau “pembedahan lengan perut”) adalah prosedur pembedahan yang melibatkan sebahagian besar perut dikeluarkan, menjadikan saiz perut lebih kecil dan berbentuk seperti ‘lengan’. Tujuan utama prosedur ini adalah untuk:

  • Membantu mengurangkan 45% – 65% berat badan berlebihan
  • Mendapatkan purata kehilangan berat badan: 25 – 35 kg 
  • Membuatkan anda cepat kenyang melalui pengambilan kuantiti makanan yang sedikit 
  • Membantu mengawal gula dalam darah, kolesterol & memudahkan pergerakan anda

2. Gastric Bypass (Surgical atau Pembedahan)

Gastric Bypass melibatkan prosedur di mana sebahagian kecil dari perut dijadikan “kantung” baru Sebahagian daripada usus kecil dipintas bagi mengurangkan penyerapan nutrien dan kalori.

  • Membantu mengurangkan 70% – 75% berat badan berlebihan 
  • Purata kehilangan berat badan: 35 – 40 kg 
  • Selalunya disyorkan kepada pesakit diabetes atau acid reflux

3. Intragastric Balloon (Tanpa Pembedahan)

Intragastric Balloon adalah prosedur di mana belon silicon yang diisi dengan larutan garam (saline) dimasukkan ke dalam perut melalui endoskopik.

  • Tanpa pembedahan 
  • Belon silicon kekal dalam tempoh 6 bulan 
  • Membantu penurunan berat badan 10% – 15%
  • Sesuai untuk pesakit yang mencari pilihan tanpa pembedahan — atau sebagai langkah pertama sebelum melalukan pembedahan bariatrik yang melibatkan kes berisiko tinggi

4. Pengambilan Ubat Penurunan Berat Badan (Tanpa Pembedahan)

Ubat penurunan berat badan boleh membantu mengawal selera makan dan menyokong kesihatan metabolic anda.

  • Hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor dan selepas penilaian perubatan

Hidup Kekal Sihat:
Perubahan Gaya Hidup Selepas Kejayaan Menurunkan Berat Badan


adorable-family-having-fun-park

Peningkatan Kesihatan Fizikal:

  • Meningkatkan keseimbangan hormon dan kesuburan; boleh melegakan PCOS 
  • Meningkatkan kawalan gula dalam darah dan boleh mengurangkan risiko diabetes 
  • Menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung 
  • Mengurangkan risiko dari kanser dan penyakit kronik yang lain (contoh., diabetes tahap 2, tekanan darah tinggi, sleep apnea) 
  • Pergerakan dan aktiviti melibatkan fizikal lebih mudah dan lancar 
  • Mengurangkan sakit di sendi, tulang belakang dan juga sakit lutut 
  • Membantu tidur dan memberikan tenaga yang lebih baik

Kesejahteraan Emosi & Mental:

  • Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri 
  • Emosi bertambah baik 
  • Penglibatan sosial lebih positif

Kualiti Gaya Hidup Harian:

  • Pergerakan lebih mudah dan bebas 
  • Kualiti hidup dan prestasi kerja lebih baik 
  • Rutin harian lebih aktif dan kesihatan lebih terjaga

Peningkatan Kesihatan Secara Keseluruhan Selepas Penurunan Berat Badan

WeightLoss_image

(FAQ) Soalan Lazim

1. Bagaimanaka untuk ketahui prosedur yang sesuai untuk saya?

Pakar bariatrik kami akan bekerjasama dengan anda melalui penilaian dan akan memberikan penyelesaian terbaik mengikut tahap kesihatan dan matlamat anda.

2. Apakah itu ‘intragastric balloon’ — adakah ia kekal?

Belon intragastrik ialah pilihan sementara tanpa pembedahan yang membantu anda rasa cepat kenyang dengan mengambil ‘ruang’ di dalam perut anda. Ia kekal selama kira-kira enam bulan dan kemudian akan dikeluarkan. Prosedur ini tidak mengecilkan perut secara kekal, namun ianya dapat membantu anda mengawal pengambilan kalori dan mengubah cara hidup yang lebih sihat dan menyokong kejayaan dalam jangka panjang.

3. Adakah berat badan saya akan bertambah selepas rawatan ini?

Kejayaan jangka panjang adalah bergantung kepada komitmen anda terhadap perubahan gaya hidup. Walaupun prosedur pembedahan seperti sleeve gastrectomy dan gastric bypass boleh menyebabkan penurunan berat badan yang pantas, ketara dan kekal, namun rutin harian anda amat penting. Oleh itu, kami juga menyediakan khidmat bantuan sokongan bagi membantu anda mengekalkan matlamat penjagaan kesihatan anda.

4. Berapa lama tempoh pemulihan?

Biasanya, pesakit yang menjalani prosedur pembedahan boleh melakukan semula aktiviti ringan dalam tempoh 1 – 2 minggu, manakala bagi pemulihan melibatkan ‘balloon’ biasanya mengambil masa beberapa hari sahaja.

5. Adakah rawatan ini selamat?

Kesemua prosedur dilakukan oleh pakar kami yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Walaupun setiap rawatan perubatan boleh membawa kepada risiko, keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

Anda Tidak Perlu Melakukan Semua Ini Sendirian

Kami sedia membantu jika anda ingin mencari penyelesaian terbaik untuk menurunkan berat badan anda.

Buat temujanji hari ini untuk ketahui pilihan yang mana satu sesuai mengikut matlamat kesihatan anda.


Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart