Kanser Hati: Punca, Simptom, Diagnosis, Rawatan

Kajian melaporkan bahawa di Malaysia, kanser hati adalah kanser yang kelapan paling umum dan penyebab utama bagi kematian pramatang juga.

Pada 2020, sebanyak 2,149 kes kanser hati telah dilaporkan dalam kalangan lelaki dan wanita di Malaysia, untuk menjadikannya salah satu daripada 5 kanser yang paling biasa menjejaskan populasi Malaysia.


Hati dan fungsi-fungsinya

Hati adalah organ terbesar dalam badan manusia. Ia terletak di bahagian kanan atas abdomen anda dan menjalankan banyak fungsi penting.

Hati membantu menyingkirkan toksin dan buangan produk kimia lain daripada darah dan memprosesnya untuk dikeluarkan daripada badan.

Hati juga berfungsi untuk menghasilkan hempedu, iaitu sejenis cecair yang membantu mencernakan lemak.

Apa yang mungkin berlaku jika fungsi hati kurang optimum?

  • Imuniti terhadap jangkitan menjadi lemah.
  • Toksin, bahan kimia dan hasil sampingan proses pencernaan di dalam badan akan terkumpul.
  • Mengalami pendarahan yang tidak terkawal kerana darah tidak membeku dengan betul.
  • Bengkak pada badan/ pengumpulan cecair

Apa itu kanser hati?

Kanser hati boleh merangkumi tumor primer pada hati, atau metastasis sekunder/penyebaran daripada bahagian badan/organ lain.

Dua jenis kanser hati yang utama adalah:

  • Karsinoma Hepatoselular (HCC)
  • Kolangiokarsinoma (kanser duktus hempedu)

Apakah faktor-faktor risiko bagi kanser hati?

Antara faktor risiko lain yang boleh menyebabkan kanser hati adalah:

  • Penyalahgunaan tembakau.
  • Penyalahgunaan alkohol
  • Hepatitis
  • Obesiti boleh meningkatkan risiko bagi HCC dan banyak penyakit lain juga.
  • Lelaki lebih mudah mendapat HCC berbanding dengan wanita.
  • Sejarah diabetes. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara diabetes dan kanser hati, yang disebabkan oleh penyakit hati berlemak.
  • Penyakit metabolisme keturunan

Apakah simptom bagi kanser hati?

Seperti kanser yang lain, kanser hati peringkat awal mungkin tidak menunjukkan apa-apa simptom. Namun, semakin kanser berkembang, sesetengah simptom berikut mungkin mula muncul:

  • Kehilangan berat badan luar biasa tanpa sebarang usaha.
  • Rasa tidak selesa di bahagian atas kanan abdomen.
  • Benjolan keras pada abdomen kanan di bawah tulang rusuk.
  • Loya dan muntah-muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Jaundis (kekuningan pada kulit dan bahagian mata putih).
  • Mudah lebam atau bengkak.
  • Abdomen bengkak.

Adakah apa-apa tanda amaran awal bagi kanser hati?

Kanser hati jarang memberikan tanda pada peringkat awal. Tetapi, sesetengah simptom umum yang mungkin dialami termasuk lemah dan lesu, bengkak pada abdomen, dan jaundis.


Bagaimanakah kanser hati didiagnosis?

Pesakit yang mengalami sebarang simptom tersebut untuk jangka yang lebih lama daripada biasa, harus berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis. Doktor mungkin menjalankan ujian berikut untuk menolak kemungkinan kanser:

  • Ujian darah - Paras Alpha-fetoprotein (AFP) yang meningkat mungkin disebabkan penyakit seperti kanser hati, sirosis hati dan Hepatitis. Paras AFP yang tinggi dianggap sebagai penanda kanser.
  • Ultrabunyi dilakukan bagi mendapatkan gambar-gambar struktur tisu lembut.
  • Imbasan CT
  • MRI menggunakan komputer dengan magnet besar dan gelombang radio untuk menghasilkan imej-imej tubuh manusia yang amat jelas.
  • Ujian angiogrammenggunakan pewarna yang disuntik ke dalam arteri untuk menunjukkan tisu hati dan sebarang tumor.
  • Laparoskopiadalah ujian di mana doktor menggunakan tiub berlampu untuk memerhatikan hati dan organ lain
  • Biopsiadalah prosedur mengambil tisu untuk dikaji lebih lanjut di bawah mikroskop. Ini merupakah salah satu kaedah yang paling dipercayai untuk mendiagnosis kanser.

Bagaimanakah peringkat kanser hati ditentukan?

Doktor sering menggunakan sistem Kanser Hati Klinik Barcelona (BCLC) untuk mendiagnosis peringkat kanser hati.

Sistem BCLC membahagikan HCC berdasarkan saiz tumor, fungsi hati dan simptom yang berkaitan dengan kanser.

Pengelasan BCLC mempunyai empat peringkat, iaitu:

Stage Description
Peringkat I: Tumor lebih kecil daripada 2 sentimeter (cm). Tekanan di dalam vena portal (salah satu salur darah utama hati) tidak bertambah.
Peringkat II: Tumor kurang daripada 5 cm, dan mungkin tiada penambahan tekanan dalam vena portal. Jika tekanan pada vena portal bertambah, paras bilirubin akan turut meningkat.
Peringkat III: Tumor mungkin bersaiz besar, atau terdapat beberapa tumor.
Peringkat lanjut: Tumor bukan sahaja telah menjangkiti vena portal, tetapi turut merebak ke bahagian badan yang lain, seperti nodus limfa, paru-paru dan tulang.

Apakah pilihan rawatan bagi kanser hati?

Berikut adalah beberapa pilihan rawatan:

  • Krioterapi atau membekukan tumor
  • Ablasi radiofrekuensi (RFA), yang menggunakan gelombang radio untuk menghapuskan tumor
  • Terapi radiasi untuk mengecutkan saiz tumor
  • Hepatektomi separa untuk membuang sebahagian daripada hati
  • Transplan hati
  • Imunoterapi, iaitu rawatan menggunakan ubat untuk merangsang sistem imun tubuh supaya mematikan sel kanser
  • Terapi sasaran, yang menggunakan ubat yang menyasarkan gen atau tisu kanser

Bagaimana cara untuk mencegah kanser hati?

Mencegah penyakit adalah lebih baik daripada merawatnya. Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh mengurangkan kemungkinan mendapat kanser hati.

  • Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan yang berlebihan atau obesiti selalunya akan menyebabkan banyak masalah kesihatan
  • Minum alkohol secara berpatutan atau berhenti minum alkohol sama sekali.
  • Berhenti merokok.
  • Dapatkan vaksinasi untuk melawan Hepatitis B.
  • Hindari jangkitan Hepatitis C dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, jangan gunakan ubat IV, jangan membuat tatu atau menindik badan di kedai yang tidak menggunakan jarum yang baharu dan bersih.
  • Jika anda individu berisiko tinggi, jumpa dengan doktor untuk menjalani saringan hati dari masa ke masa.
Happy Doctor & Grandpa

Apakah prognosis bagi kanser hati?

Prognosis atau prospek bagi kanser hati bergantung pada peringkat kanser sewaktu didiagnosis, kesihatan umum individu, dan respons kepada rawatan yang diberikan.

Kanser hati mungkin boleh disembuhkan bagi mereka yang menjalani transplan hati, dan bagi mereka yang menjalani pembedahan untuk membuang tumor atau sebahagian hati.


Apakah kadar hidup bagi kanser hati?

Kadar hidup bagi kanser hati dikira berdasarkan data kelangsungan hidup 5 tahun selepas seseorang didiagnosis. Kadar hidup 5 tahun membandingkan orang dengan jenis dan peringkat kanser yang sama dengan orang dalam populasi umum.

Kadar hidup juga bergantung pada tahap penyebaran kanser, peringkat kanser, dan kesihatan individu itu.

Kanser hati adalah masalah perubatan yang mungkin mempunyai prognosis yang berbeza. Sebab itu penting untuk kita memeriksa simptom dan tanda amaran bagi pengesanan awal. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan dan saringan secara tetap turut disarankan.


Buat tempahan janji temu di Hospital Pantai

Menerima diagnosis kanser boleh membebankan anda dan memilih rawatan yang sesuai juga boleh menjadi sukar. Pasukan ahli onkologi yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia memberikan rundingan dan menyediakan pesakit dengan penjagaan dan bantuan terbaik dalam menyaring, mendiagnosis dan merawat kanser.

Hubungi kami untuk membuat janji temuhari ini jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau soalan tentang rawatan kanser

Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.


Rujukan

Bolehkah anda hidup tanpa hati, Tersedia di: https://www.healthline.com/health/can-you-live-without-liver#living-without-a-liver [Accessed 13 March 2022]

Kanser Hati, Tersedia di: https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9418-liver-cancer [Accessed 13 March 2022]

Peringkat Kanser Hati, Tersedia di: https://www.cancer.net/cancer-types/liver-cancer/stages [Accessed 13 March 2022]

Punca Kanser Hati, Kadar hidup, Jenis tumor, Tersedia di: https://www.webmd.com/cancer/understanding-liver-cancer-basic-information [Accessed 13 March 2022]

Kanser Hati, Tersedia di: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/liver-cancer/symptoms-causes/syc-20353659 [Accessed 14 March 2022]

Kanser hati- kadar hidup, Tersedia di: https://www.cancer.org/cancer/liver-cancer/detection-diagnosis-staging/survival-rates.html [Accessed 14 March 2022]

Raihan R, Azzeri A, Shabaruddin FH, Mohamed R. Karsinoma Hepatoselular di Malaysia dan Perubahan Trend baginya. Euroasian J Hepato-Gastroenterol 2018 Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6024046/ [Accessed 14 March 2022]

The Global Cancer Observatory, Malaysia – Globocan 2020, Available at https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf [Accessed 14 March 2022]

Loading...
Thank you for your patience