OBGYN

Obstetrik dan Ginekologi (O&G) adalah cabang dalam bidang perubatan yang mengkhususkan dalam penjagaan perubatan dan kesihatan wanita. Ini merangkumi dua subkepakaran iaitu obstetrik yang berkaitan dengan penjagaan wanita semasa kehamilan dan melahirkan anak serta ginekologi yang merujuk kepada penjagaan kesihatan pembiakan wanita dan diagnosis serta rawatan keadaan perubatan pada vagina, uterus (rahim) dan ovari.

Doktor yang pakar dalam O&G mempunyai peranan penting dalam menjaga kesihatan wanita. Latihan dalam bidang ini sangat penting buat komuniti.


Pusat bagi penjagaan bersalin berkualiti tinggi

Di Hospital Pantai Sungai Petani, kami komited untuk memberikan rawatan bersalin yang selamat dan berkualiti kepada wanita di dalam komuniti. Fasiliti O&G kami diketuai oleh sepasukan 4 orang Perunding O&G Kanan berbilang kaum. Dua orang daripadanya adalah wanita dan salah seorangnya beragama Islam.

Pasukan O&G ini disokong oleh jururawat yang berdedikasi dan mahir yang dilatih dalam penjagaan neonatal, perbidanan dan penyusuan, justeru memastikan bahawa ibu dan bayi yang baru lahir mendapat rawatan yang optimum sepanjang tempoh mereka tinggal bersama kami.

Kami komited untuk membantu wanita hamil mengatasi cabaran kehamilan dan melaluinya dengan selamat sewaktu dalam tiga peringkat kritikal. Dari tempoh kehamilan sehingga melahirkan anak, hospital kami memastikan fasiliti yang disediakan adalah selesa dan selamat untuk melahirkan serta menjaga bayi yang baru lahir.


Menawarkan pelbagai perkhidmatan O&G

Fasiliti O&G Hospital Pantai menyediakan pilihan rawatan berkualiti tinggi seperti imbasan 3D, kelahiran kembar dan perkhidmatan kesuburan (IUI). Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuk:

  • Kaunseling pranatal
  • Penjagaan antenatal rutin
  • Imbasan terperinci bagi anomali fetus
  • Ujian saringan genetik pranatal
  • Khidmat bersalin
  • Penjagaan postnatal dan pencegahan hamil (kontrasepsi)

Pasukan O&G kami juga menangani sebarang risiko atau komplikasi yang timbul semasa mengandung atau melahirkan. Perkhidmatan lain yang disediakan termasuk menangani komplikasi trimester pertama dan pembedahan / pengurusan perubatan keguguran.

Pakar O&G kami juga menjalankan diagnosis, merawat dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan kesihatan seksual wanita yang merangkumi rahim, tiub falopio, ovari, serviks, vagina dan vulva. Pemeriksaan pap smear dan vaksinasi HPV tersedia dengan tujuan untuk mencegah barah serviks. Rawatan masalah seksual wanita berbeza bergantung pada penyakit, penyebab dan penyampaian mereka. Proses ini mungkin turut melibatkan pengurusan perubatan atau prosedur pembedahan.

Kami juga menyediakan penjagaan dan rawatan perubatan untuk keadaan kesihatan pembiakan wanita yang berikut:

  • Endometriosis
  • Menopaus
  • Masalah haid (cth. ketidakseimbangan hormon)
  • Polips dan sista
  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
  • Gine-onkologi (kanser wanita)
  • Uro-ginekologi (gangguan pundi wanita)
  • Prolaps organ pelvis
  • Inkontinens urinari
  • Vaginoplasti
  • Fibroid uterus

Untuk melayani pesakit kami dengan lebih baik, kami mempunyai pakej yang berpatutan dan lengkap yang merangkumi:

  • Pakej Saringan Wanita
  • Pakej Dilasi & Kuretaj
  • Pakej Pengikatan Tiub Bilateral
  • Pakej Bersalin Normal
  • Caesarean Pakej

Hubungi kami untuk menempah janji temu hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience